Wednesday, February 3, 2010

Kawan boleh jadi sahabat?

Kawan dan sahabat?

Dulu masa zaman sekolah aku ramai sangat kawan, lelaki dan perempuan. Jalan sini sana ada je terserempak dengan orang yang kenal. tapi sejak masuk university, kawan satu per satu mula menghilangkan diri. mungkin sebab masing-masing busy dengan life sendiri, masing-masing dah kerja and continue study. aku pulak masuk je MMU 24jam asyik dengan bf je. pergi mana-mana semua dengan bf, ada kawan pun aku buat pandang sebelah mata je. orang kata kawan tu penting, sebab bf tak kekal selamanya tapi kawan tetap ada dengan kita sampai bila-bila. Mungkin betul, mungkin tidak. Ada kawan yang boleh dijadikan kawan, ada kawan yang tidak. Tapi paling penting bagi aku adalah dengan siapa kita berkawan, sebab kawan la yang boleh membentuk kita jadi baik atau sebaliknya. nak cerita pasal pengalaman aku, dulu masa sekolah form 1 aku masuk kelas last, setiap tahun aku naik satu kelas sampai la ke tingkatan 4 aku naik kelas 1st. kawan-kawan kelas last ngn kelas 1st memang sangat berbeza. kawan kelas last memang semua nakal2 belaka. bergaduh tu memang makanan harian mereka sampai aku pun sama terikut. cikgu sendiri menyampah dan malas nak ajar budak-budak macam kelas kitorang, berbanding pula dengan kawan kelas pertama. cikgu memang meletakkan harapan yang tinggi kat kitorang, kitorang la harapan sekolah masa tu. kawan-kawan kelas 1st memang semuanya jenis yang nak belajar. tak pernah ajak buat benda jahat. best kawan dengan diorang ni walaupun diorang agak skema tapi diorang sangat sporting! so, pilihlah kawan yang seeloknya.

kawan dan sahabat itu ada perbezaannya. Kawan memang mudah di cari tapi sahabat sukar nak dicari. Hanya kawan yang betul-betul ikhlas nak kawan dengan kita je yang boleh kita jadikan sahabat. Sahabat adalah tempat kita meluahkan segala perasaan kita tak kira la yang baik dan buruk, yang sanggup berkongsi suka dan duka. Bila kita happy dia pun happy, bila dia sedih kita pun sedih. Bila dia buat benda jahat, kita nasihatkan dan bukan sebarkan keburukan sahabat kita tu kat orang lain. Begitu juga dengan kita. Jangan salahkan kawan kita kenapa dia tinggalkan kita dan taknak kawan dengan kita lagi. mungkin kawan kita dah nampak yang kita bukan lah kawan dan sahabat baik yang boleh dijadikan teman. Fikir kelemahan diri sendiri dulu sebelum nak menunding jari kat orang lain. Untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat baik aku, I LOVE YOOOOUU OLLSZZ MY GIRLFRIEENNDDSS MUAAXX. hahaha !


Alyn dan Fyna
Diorang ni la kawan-kawan 1st aku masa umur 6 tahun sampai sekarang. Dah macam sedara sendiri :)


Epa, Sheyda, Fatin, Mieza, Moc & Ejat
Kawan sekelas aku yang selalu pergi tuition sama-sama, pergi merayap sama-sama, selalu gossip sama-sama, karaoke dalam kelas sesama :))

Nadia & Jannah
Rumate aku masa kat KPTM dulu. Setiap kali aku demam mesti aku teringat kat nadia sebab masa aku demam kat KPTM dulu, dia la yang jaga aku. auuww terharu ;(
thanks sahabat :*
Add Video
Fawam, Fatem & Naziram.
Housemate dan kawan 1st yang aku kenal masa baru-baru masuk MMU dulu :)

waniey eng & sya
Sahabat yang banyak membantu aku dalam masalah emosi, keewangan, dan macam2 lagi.
sahabat yang selalu teman aku pergi merayap.
woi bile nakgi pasar malam lagi mok?

--------------------------------------------------------------------------------



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

2 comments:

Mama AF said...

terharu gua selaku diva popular.uhuk.nnt undi ai tau dlm anugerah bintang popular.lobiu la :D

wanieyy. said...

hek eleh. lelebih lak minah ni

Post a Comment