Wednesday, February 10, 2010

Mengalah.

Aku dilahirkan daripada kecil dengan sikap yang tidak suka mengalah. Mungkin dah biasa di manjakan, anak bongsu lah katekan. huhu. Orang yang tak suka mengalah ni biasanya orang yang agak degil, berani dan bersikap ego. Keluarga aku cakap kepala aku ada batu, hati aku keras. Ex-bf aku cakap kepala aku ada besi yang tak dapat nak dicairkan. Kawan baik aku cakap, dalam kepala aku ada batu konkrit. Tapi aku bukan tak pernah mengalah, bila ada benda yang aku rasa aku patut mengalah, aku akan mengalah. Mengalah mungkin perkara yang ingin dijauhi oleh setiap orang. Mengalah beerti kalah. Betul ke? Mungkin betul mungkin tidak. Mengalah ada baik dan buruknya. Kadangkala bila kita selalu mengalah, orang akan pijak kepala kita. Orang akan buat sesuka hati dengan kita sebab mereka rasa kita insan yang lemah. Mengalah juga tidak akan dapat menyedarkan orang yang salah dan orang itu akan terus membuat kesalahan itu sebab dia rasa dia betul. Tapi mengalah juga banyak kebaikannya, ianya dapat meleraikan segala pertelingkahan, masalah besar akan menjadi kecil dan masalah kecil akan disisirkan, suasana tegang akan berubah menjadi tenang damai.

Teringin rasanya nak jadi orang yang suka mengalah, bukan mengalah untuk melakukan kebaikan tapi mengalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya pertelingkahan. Banyak mengalah dan tidak bertengkar, menunjukkan kebesaran jiwa seseorang. Mudah memaafkan orang lain, juga menunjukkan keperibadian seseorang. Aku juga ingin berubah dan ingin mencapai kesempurnaan dalam perhubungan dengan adanya sikap mengalah ini. Mengalah tak beerti kalah.

Kepada semua kawan-kawan, aku nak minta maaf kalau ada perkataan atau perbuatan yang aku buat menyakitkan hati korang. Aku juga manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. hehe emosi lak tetibe.

TIPS 10 CARA UNTUK MELERAIKAN KONFLIK/PERTELINGKAHAN :

1.MENGALAH
Mengalah bukan bererti kita benar-benar kalah atau berbuat salah, ini hanya semata-mata agar konflik tidak berkembang menjadi lebih rumit. Tapi jangan selalu mengalah kerana apabila anda melakukan itu, anda tidak akan dihargai oleh orang lain.

2.TIDAK EMOSI
Emosi sering kali menyelimuti orang yang sedang dilanda masalah, termasuk anda, tapi usahakan menghadapinya dengan perlahan-lahan, tidak dengan emosi tinggi sebab emosi orang lain juga akan terpancing.

3.MENAHAN DIRI
Jika kita dilanda masalah sebaiknya kita harus menahan atau merehatkan diri sejenak. Kita tidak boleh memaksakan kehendak kita kepada orang lain.

4.MEMBUAT KESEPAKATAN
Buatlah keputusan agar masalah tidak berlanjut terlalu lama. Buat keputusan yang baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

5.TETAP SOPAN DAN SANTUN
Hindari mengucapkan kata-kata yang kurang baik yang dapat menyakitkan perasaan orang lain contohnya kata-kata kesat. Sopan santun dapat membuat suasana menjadi sejuk sehingga konflik dapat dileraikan.

6.MENGHARGAI PENDAPAT
Hargailah pendapat orang lain agar konflik meredam. Menghargai pendapat belum tentu setuju, semata-mata agar konflik tidak berkembang.

7.HINDARI BANYAK PERCAKAPAN
Hindarilah banyak perbualan/percakapan kerana akan menimbulkan masalah baru dengan teman konflik anda. Tetapi jangan sekali-kali tidak berbicara, boleh membuat lawan berbual kecewa terhadapa anda.

8.TIDAK MENGUNGKIT MASA LALU
Setiap orang pasti memiliki masa lalu dan pernah berbuat salah, yang harus anda lakukan hanya memberikan kesempatan & durungan pada orang untuk memperbaiki kesalahan

9.JANGAN MEMBESAR-BESARKAN MASALAH
Lebih dominant adalah wanita yang sedang mempunyai konflik dengan orang dan justeru membesar-besarkan masalah. Tapi tidak menutup kemungkinan lelaki juga dapat melakukannya.

10.JANGAN ULANGI MEMBUAT SALAH
Jangan ulangi membuat kesalahan yang serupa kerana dapat mengecewakan orang lain.



Tetibe terjumpa gambar lama ni. Masa ni umur aku 17thn, baru belajar edit-edit gambar guna photoshop. Belajar kat website tutorial favourite aku dari dulu sampai sekarang. http://www.good-tutorials.com. Tengok la caption gambar yang tah pape. biasa la budak2 baru nak naik. Orang JB panggil "agas". Hahah!




"Lidahmu adalah bentengmu, 
jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

0 comments:

Post a Comment