Wahai kawan-kawanku yang mana sekarang ni ditimpa masalah tak kira la masalah besar atau kecik, kuatkanlah semangat mu, janganlah cepat berputus-asa. Tuhan suka menguji hamba-hambaNya yang beriman kepada-Nya dan tidak suka kepada orang yang mudah berputus-asa. Ingatlah semua yang berlaku mesti ada hikmahnya. Cuma nampak atau tak nampak je. Ingatlah, semua manusia diberi ujian oleh-Nya dan ramai lagi orang yang mempunyai masalah lebih teruk daripada kita. Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai keluarga, tempat berteduh, makanan untuk dimakan dan pakaian untuk dipakai.
Tahun lepas terlampau banyak dugaan yang aku hadapi. Baik dari masalah kewangan, pembelajaran dan percintaan . Tapi semuanya bermula daripada masalah percintaan.
Masalah 1: Masalah Percintaan.
Sebelum ni kalau aku dengar orang cerita yang dia tak boleh nak tumpukan study atau kerja atau nak bunuh diri sebab masalah cinta atau berpisah dengan bf/gf diorang, aku rasa macam merepek je. "kenape sampai mcm tu sekali?" sebab sebelum ni pun aku pernah putus cinta tp takdela frust mengangkang sangat. Tapi sekarang, baru aku rasa kenapa dan mengapa. Sebab tu kwn-kwn selalu pesan, jgn terlampau memberi cinta yang sepenuhnya kepada orang yg kita sayang, kelak binasa badan sendiri. cewah! Daripada masalah cinta tula, terhurainya masalah-masalah lain. ponteng kelas, tak hantar assignment, semua benda yang aku nak buat rasa tak bersemangat je. last2 byk subject failed, pointer jatuh, loan pun tak dpt. oh dugaan !
Masalah 2: Masalah keewangan.
Disebabkan loan tak dpt, aku terpaksa kerja cari duit sendiri untuk nak byr yuran pengajian. Mak aku memang dah pesan awal2 lagi "dik, ekaw kalo tak dapek loan omak tak dapek nak bantu laie, ekau belajau la rajin2, jangan sampai ekau keno bonti belajau yo dik"(sejak bile mak aku jd org nogori?). So, aku merajinkan diri pergi mintak kerja kat petronas yang berhampiran dengan rumah aku dengan matlamat nak kerja nak dapat duit untuk menampung yuran pengajian aku yang beriban-riban tu. Aku memang hampir putus asa sebab tak dapat nak byr yuran. Aku hampir-hampir nak quit study. Tp diatas sokongan dan nasihat kawan-kawan, aku bangun balik dan cari jalan penyelesaian.
Masalah 3: Masalah ditempat kerja.
Dekat tempat kerja ada pulak masalah lain. Bos aku tangkap cintan pulak dengan aku. Aku pun taktau ape yang menarik dan tertarik sangat yang ada kat diri aku ni sampai dia syok kat aku. Lepastu, bila diberi keutamaan dan kelebihan berbanding dengan pekerja-pekerja lain, pekerja-pekerja lain mula la rasa tak senang duduk dengan kelebihan yang bos bagi kat aku. Aku tak pernah mintak pun tu semua. Aku datang kerja pun sebab nak cari duit nak bayar yuran, bukan nak ngorat bos aku. Disebabkan hal itu, semua staff pulaukan aku. bukan setakat pulau, diorang siap perli2 aku, kutuk2 and maki2 aku. Haih! Dugaan-dugaan.
Orang kata, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukan orang je yang kata camtu, tuhan sendiri kata macam tu, dan aku pegang dengan pegangan tu. Disebabkan kesabaran mengharungi semua dugaan tu, tuhan dah tunjukkan pun hikmah-hikmah nya. Alhamdulillah.
Hikmah 1:
Aku bersyukur sangat kepada Allah, banyak benda yang telah mengubah aku lepas ape yang terjadi kat aku lepas aku putus cinta haritu. Sebenarnya memang banyak sangat kebaikan aku putus cinta haritu. Aku tanak jadi macam aku yang dulu, terlampau lalai dengan dunia dan percintaan. Harap-harap semua perubahan ini akan berterusan selamanya, Amin!
"Orang yang pernah jatuh dan apabila dia bangun kemudian dia jatuh lagi ditempat yang sama adalah orang yang sangat malang" dan aku tak mahu lagi menjadi orang yang sangat malang itu.
Hikmah 2:
Aku lulus subject yang sangat penting yang menentukan samada aku dapat pergi internship atau tak pada sem yang seterusnya. Alhamdulillah, aku tak termasuk dalam 12 orang yang failed subjek tu walaupun sebenarnya aku rasa aku memang tak layak untuk lulus subjek tu sebab aku tak present dan assignment yang hantar pun tak complete. tapi tak bermakna aku boleh ulang lagi buat benda yang sama. mungkin tuhan saje nak bagi aku kelonggaran dan nak sedarkan aku.
Hikmah 3:
Alhamdulillah, staff yang suka perli2 dan maki2 aku tu dah diberhentikan kerja sebab didapati menyonglap duit station tu. Dia lah ketua kumpulan mak limah mulut murai tu, sebabkan dia jugak staff-staff lain pun turut sama memulaukan aku, bila dia dah takde aman sikit rasanya :)
So, kawan-kawan janganlah mudah berputus-asa atau mengeluh jika ditimpa masalah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan"
0 comments:
Post a Comment