Monday, February 1, 2010

Nasihat untuk diri sendiri.


Duhai diri,

Sibukkan dirimu meneliti dan memperbaiki segala kekuranganmu, baik perihal penunaian kewajibanmu yang berhubungan langsung dengan Allah maupun melalui perantaraan manusia.

Berpalinglah dari perbuatan dan perkataan sia-sia, kerana waktu dan umurmu adalah anugerah-Nya yang mesti engkau olah dan isi sebaik mungkin dengan hal yang bermanfaat sebelum ajal menjemputmu.

Malulah pada Allah dan pada dirimu sendiri, ketika kau sibuk mengurusi aib orang lain, sementara aib diri dan keluargamu adalah cela terbesarmu yang sesungguhnya perlu untuk segera diperbaiki dan diselesaikan.

Luruskan niat dan perbuatanmu semata-mata mengharap keredhaan Allah dan mengharap limpahan Rahmat-Nya.

Duhai Robbi,

Tunjukkanlah hamba jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat atas mereka, dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai lagi sesat…


"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan
satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan
pelbagai
peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

0 comments:

Post a Comment