Sunday, February 28, 2010

Rahsia bulan Ogos


Ehem. Assalamualaikum. Ceh pestaim bagi salam kat blog. haa korang pernah tak baca Rahsia Bulan Kelahiran dari Dr Haji Fadzillah Kamsah ? Mesti pernah. Korang pernah nilai tak apa yang dikatakan sama atau tak dengan diri korang sendiri? mesti ada sikit-sikit betul kan? Sebenarnye aku pun tak pasti motif post untuk kali ni, sebabnya aku terlampau boring. dah 3 hari duduk rumah tak keluar langsung, keluar pun gi jogging setengah jam pastu balik rumah balik sambung mengadap laptop. Orang lain semua suka cuti, aku tak sukaaaa cutiii . time cuti je kawan-kawan semua balik kg la, gi dating la. aku je takde kg dan takde org nak ajak dating. hahaha! Ok berbalik pada tajuk asal, aku ada nilaikan samada apa yang dikatakan tu sama atau tak dengan diri aku. Kite tengok berapa yang betul dan berapa yang salah. oh kalau korang yang tak pernah tau benda ni dan nak tau rahsia bulan kelahiran korang, google je ye. mesti ada. ok chekidaut :P

OGOS


1. Suka berlawak
-BETUL. Suka jugak la berlawak tapi dengan teman-teman rapat yang dah rapat je. ahah. kalau dengan orang yang tak biasa aku banyak diamkan diri je. Kawan-kawan cakap kalau aku takde, tak berseri. Ceh atau nak bodek jee? haha

2. Mudah tertawan kepadanya
-BETUL. Hehe aku ni mudah tertawan kat orang, mudah terpikat dan mudah nak terima cinta orang, tapi aku SETIA tau! kalau aku dah ada bf, tak pandang lain dah.

3. Sopan santun
-SALAH. Aku tak rasa pun yang aku ni sopan santun. Aku ni agak kasar. Kasar dari segi percakapan mahupun perbuatan. Ingat lagi dulu, aku tolong mak aku kat kedai. Pastu nak hantar makanan kat sorang customer ni, aku letak makanan atas meja dia pastu dia marah dia cakap aku letak makanan main hentak-hentak je. padahal aku sikit pun tak perasan dan takde niat pun nak buat mcm tu. hehehe

4.Berani dan tidak tahu takut
-BETUL. Ni apa yang aku rasa pada diri aku la.

5. Caring terhadap orang lain
-BETUL. Tak payah la nak explain kenapa betul. Rasanya setiap individu ada sifat begini.

6. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
-BETUL. Yang ni memang sangat-sangat betul. Aku agak tegas, aku tak suka orang pijak kepala aku.

7. Pandai pujuk orang lain
-BETUL. Yeke? Mengikut pengalaman yang lepas, masa aku ada bf dulu kalau bf aku merajuk, memang senang nak dipujuk. Aku cakap benda sikit je dia dah tergelak dan terus tak jadi nak merajuk. hehe

8. Terlalu pemurah
-BETUL. Rasanya tak perlu dinyatakan kenapa dan mengapa. Kang orang ckp buat baik tak ikhlas lak. haha

9. Bersikap ego
-BETUL. Betul dan tersangatlah betul! Orang kata ego aku ni tinggi macam ego lelaki malah mungkin lebih lagi dari ego lelaki.

10. Dahagakan pujian
-BETUL. Nama pun perempuankan? Perempuan mana yang tak suka di puji. Tapi aku benci kalau lelaki yang puji lebih-lebih ni atau selalu sangat memuji.

11. Semangat juang yang luar biasa
-SALAH. Terus terang aku cakap, aku jenis yang cepat berputus asa.

12.Cepat marah & mudah mengamuk
-BETUL. Betul dan sangat sangat sangat betul! hah amek kau. hehehe. Aku mudah marah dan mudah mengamuk bila orang tak dengar cakap aku. Apa yang aku suruh buat, dia tak buat. Tapi takdelah marah teruk-teruk pun. Cuma bila aku marah, aku keluarkan kata-kata sinis yang boleh membuatkan jantung orang berhenti berdegup bila dengar. haha!

13. Mudah marah apabila cakapnya dilawan
-BETUL. Sama la macam kat atas tadi tu. Kalau aku tengah cakap, jangan nak lawan! Memang aku akan lawan balik sampai aku menang. Tunggu aku habis ckp dulu.

14. Sangat cemburu
-BETUL. Sangat-sangat dan tersangat cemburu.

15. Daya pemerhatian yang tajam & teliti
-SALAH. Aku memang sangat lemah bab-bab macam ni.

16. Cepat berfikir
-BETUL. Mungkin betul dari beberapa segi, dan mungkin salah dari beberapa sudut. Contoh aku cakap benda ni betul sebab kalau aku dan family duduk berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah, aku yang selalu bagi idea yang bernas. Ceh! Lagi-lagi kalau berkaitan dengan bisnes. Mak aku cakap cara aku macam orang yang dah byk pengalaman. Mungkin sebab bila aku pergi ke sesuatu tempat tu aku suka perhatikan cara orang tu mengendalikan bisnes tu.

17. Fikiran yang berdikari
-BETUL. Betul tapi ada kot kat belakang. Betul kot? haha! Betul dari beberapa aspek la.

18. Suka memimpin & dipimpin
-BETUL. Betul dan sangat-sangat betul. Dalam keluarga, aku suka membuat keputusan. Contohnya kalau nak pergi memana, aku yang buat keputusan. Kalau aku cakap takyah, tak jadi la benda tu. Aku suka dipimpin juga, kalau aku ada suami nanti aku nak cari suami yang boleh memimpin aku, bukan aku yang pimpin suami aku tu.

19. Sifat suka berangan
-BETUL. Aku suka berangan dan terlalu memikirkan pasal masa depan. Tapi bagi aku ape yang aku fikirkan tu bukanlah angan-angan. Tu semua cita-cita yang aku nak capai. Aku dah planning macam-macam untuk kehidupan aku di masa depan, dari segi karier, kewangan, perkahwinan, keluarga, anak-anak, rumah, kereta, business dan macam-macam lagi.

20. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
-SALAH. Semestinya salah! takde bakat langsung ok bab-bab melukis ni . haha

21. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
-BETUL. Aku susah nak dihidapi penyakit. Kalau demam pun, satu hari je dah baik.

22. Belajar untuk relax
-BETUL. Aku jenis yang cepat terusik. Bila aku rasa marah atau malu aku akan buat sesuatu yang aku rasa agak bodoh dan memalukan diri sendiri. Bila dah buat, baru tersedar dan masa tu aku akan cuba tenangkan minda dan kembali kepada diri yang asal. haha

23. Sikap kelam kabut
-BETUL. Betul dan sangat betul. Kelam kabut tak hingat!

24. Romantik, pengasih & penyayang
-BETUL. Betul kot? haha. romantik tu ada la dalam 30% je. pengasih tu dalam 30% gak. Penyayang tu 60% teheeee.

25. Suka mencari kawan
-SALAH. Aku tak suka mencari kawan. Macam kat university ni pun, walaupun satu kelas tapi tak pernah bertegur. Aku kawan dengan orang yang tegur aku dulu. hehe diva ke?

26. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-SALAH. Sangat sensitif dan MUDAH merajuk. tapi merajuk sekejap je. dalam 20minit camtu? haha boleh tak?

Kesimpulannya : 20 betul dan 6 salah! hehe. ni apa yang aku rasa dari penilaian aku sendiri, kadang-kadang orang tengok dan tafsirkan kita berbeza. Okay sekian saja, wabilahi taufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kata-kata hikmah untuk post kali ini :


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya

dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang"


Hilang matahari kerana munculnya pelangi.



Apabila Allah sembunyikan matahari,
dan kemudian dia memberikan kita petir dan kilat,
Jangan mundur dan sedih, bangkitlah untuk mencari sinar,
kerana yang sebenarnya, Allah ingin memberikan pelangi kepada kita.

:)



p/s: Ceh tajuk nak gempak jer. haha




Saturday, February 20, 2010

stim sekejap di flaming.


hehe title blog cam ape je kan. Malam semalam Aku dan kawan-kawan pergi mengenjoykan diri lepas assignment phase 1 dah settle, walaupun tak present lagi. haha! Kitorang makan steamboat kat Flaming restaurant, Subang Jaya. Makanan dia nak kata sedap sangat tu takde la, biasa la steamboat tp memang byk gila seafood dan makanan-makanan lain. kita boleh pilih nak yang mana pastu dia ada sediakan tempat rebus nye sekali. Boleh la tahaaan tapi takde la sedap sangat sebab aku tak gemar sangat makanan-makanan sebegini. aku lagi suka masak sardin ngn telur dadar ngn sambal belacan pedas makan ngn ulam. haha tu la cara makanan aku. Kat restoran tu satu kepala harga dia RM20.90, boleh makan sampai muntah. Kau nak amek berapa banyak pun takpe janji jangan bungkus bawak balik. tp lenkali aku pesan kalau nakgi bawak la tupperware. Macam-macam makanan ada kat situ tapi yang paling aku suka ayam kari dia. Semalam punya la suka, harini presentation kene marah kaw-kaw dgn lecturer. Tapi takpe la nama pun student, malas nak amek port sangat..

Muka kekenyangan.

Pelahap-pelahap antaranegeri. dari kiri wakil dari temerloh, negeri sembilan, banting dan perak?







Yang color oren tu kuah tomyam, yang sebelah sup. Sedaaaap tomyam dia


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik"

Thursday, February 18, 2010

Trash to treasure pt2



Semalam aku teman group teah dan ella shooting, harini group aku dan syiera pulak shooting ditemani oleh teah, jiji dan kawan syiera. Kitorang shooting kat dengkil, cuaca tak hingat! panas dia memang terik gila. Mula-mula sampai je dengkil kitorang pergi depan sekolah jenis kebangsaan tamil dengan harapan dapat la sorang talent budak india. tapi tunggu punya la lama, sorang pun tak lekat. Last2 kitorang ambil keputusan untuk pergi dari situ dan cari kat tempat lain. jalan punya jalan, jumpa sorang budak melayu yang sedang berbasikal. Aku pun tahan la budak tu dan tanya kalau2 dia nak jadi talent untuk tvc kitorang ni. mula-mula dia tanak, tapi bila dipujuk2 dia pun bersetuju dan kitorang terus ikut dia balik rumah untuk berjumpa keluarga dia, nak mintak izin. Lepastu kebetulan dia ada kawan india. tapi yang sedihnya talent budak cina tak dapat, susah betul nak cari budak china. tapi ape2 pun thanks kat syiera, kwn syiera, teah, jiji & semua talent2.

Rumah talent Budak melayu yang bernama khairudin.

Tempat kitar semula.

Gambar sendiri mesti ada



Lepas penat shooting, perut rasa lapar gila. mane taknye, perut kami cuma beralaskan sebijik roti dan setin air je daripada pagi. Kendian, Teah & Jiji balik kerumah aku dan kitorang pekene cendol pulut, rojak & keropok lekor. Lepas lepak makan2 kat rumah aku, kitorang pergi ke rumah jiji lak untuk edit video yang kitorang shoot tadi. Kitorang singgah ke pasar borong selangor untuk beli barang-barang sebab jiji nak masak spaghetti. wohooo spaghetti memang terbaik! hehe.

Proses menuang sos. hehe jenama prego ye kawan-kawan.

Jeng jeng jeng !! hasilnyaaaa ..




“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga,
tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”


Bersantai.


Harini rasa happy sangat, dapat membusykan diri dengan kawan-kawan. Harini aku teman kawan aku pergi shooting untuk tv commercial (tvc) diorang kat banting. Lepas shooting semua dah selesai, kitorang gi menyantai kat tepi pantai. Pantai Moreb rasanya nama dia, aku pun kurang pasti nama pantai tu. Lepas tu kitorang gi makan nasi ayam ngn satey besaarrr punyaaa kat banting, nama kedai tu ayong tak silap. hehe! Hari yang sungguh menyeronokkan. Esok giliran aku pulak untuk shooting assignment aku. Next week dah submission, tapi kerja satu apa tak siap lagi -__-". Thanks wani eng, teah, ella, fat, gg & Sam, happy dapat keluar ngn korang yang kuat kentut tu! lelagi jijiiiii ! haha muah muahs











Makan satay yang "BESAR PUNYEE!" hehe.


saya & Jiji

wohoo muat beb duduk 4 orang kat belakang walaupun badan masing2 macam belon panas. haha

hek eleh tah pape je. teah aaa ni suruh buat camni!

saya yang comel ^_^


gambar poyo mesti ada ! haha


"Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.
Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.
Dan esok, hari tua.
Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…"


Sunday, February 14, 2010

Hari Kekasih.

Sudah hampir setahun aku hidup keseorangan. Keseorangan yang dimaksudkan bukan lah tiada ibubapa mahupun keluarga tetapi hidup tanpa seorang pasangan yang dinamakan kekasih. Aku lagi senang hidup tanpa kekasih, tiada yang akan disakiti atau tiada yang akan menyakiti. Cukuplah sekadar teman-teman rapat dan keluarga yang membahagiakan. Memang benar kadangkala terasa cemburu bercampur sunyi apabila melihat pasangan-pasangan lain mahupun teman-teman rapat yang sedang dalam lamunan cinta, tapi bila difikirkan kembali perkara-perkara yang lepas terjadi pada diri aku dan apabila terlihat dan terdengar kisah-kisah sedih daripada orang-orang yang mempunyai masalah bersama pasangan mereka, terasa serik untuk bercinta lagi. "Ya ALLAH ya tuhanku, kau temukanlah jodohku dengan lelaki yang sesuai untuk diriku, agamaku dan masa depanku, AMIN! " Itu lah kata-kata yang selalu mengakhiri doa-doa harianku. Ya, semua lelaki memerlukan wanita dan semua wanita memerlukan lelaki, begitu juga denganku tetapi mungkin belum tiba masanya.

Mungkin ramai teman-teman rapat yang telah mengetahui tentang kisah aku dan bos aku. Memang benar, pada mulanya aku berasa bahagia dan sayang pada dia, tapi bila difikirkan kembali, harta tidak menjaminkan kebahagian. Aku tak sanggup nak merampas hak orang lain. Aku seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenisku, aku perlu menghormati hak kaumku sendiri. Aku percaya pada hukum karma, kalau harini aku sanggup buat orang macam tu, tak mustahil benda yang sama akan terjadi pada aku suatu hari nanti. Kadangkala aku sendiri dalam kebuntuan memikirkan jalan penyelesaian untuk menjauhkan diri dan berhenti memberi harapan, apa yang aku harapkan cuma pekerjaan yang dapat menampung kos yuran pengajianku. Cuma tuhan yang mengetahui segalanya.

Iklan sekejap. hehe gambar laamaaaaaa. poyo je kan letak url myspace kat bawah tu.


Sekarang adalah masa untuk aku memperbaiki diri dan bermuhasabah diri. Aku ingin membuang segala perangai-perangai burukku dan digantikan dengan perbuatan yang lebih terpuji. Banyak yang telah aku pelajari daripada pengalaman yang lepas. Pengalaman menjadikan aku lebih matang. Lebih matang dalam memilih jalan hidup. Pengalaman lepas jugua telah banyak mengubah hidupku. Mungkin hanya teman-teman rapat dan keluarga telah nampak perubahan yang berlaku dalam diri aku. Aku tidak mahu lagi menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan hidup, cukup lah setelah 21 tahun mengsia-siakan hidup dengan begitu saja.

Apa yang pasti, aku rasa bahgia dengan hidup aku sebegini. Mungkin akan lagi bahagia bila ada kekasih? Ya ya yaaaa ! tapi bila pintu hati aku akan terbuka? Aku sedang menantikan sesorang. Siapa? Bila? Bagaimana? Kenapa? Aku sendiri tak pasti. Mungkin aku patut berhenti berharap dan menerima yang dia bukanlah untuk aku. heheheheheheheheh :) sekian.

p/s: Jangan sambut hari kekasih @ Valentine day. Tak baaaik! hehe


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala
boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus
kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu
dgn baik berlandaskan kenyataan"



Saturday, February 13, 2010

Nasi Ayam Penyet.

Harini seharian aku duduk kat rumah mengadap depan komputer. taktau nak buat apa. Assignment punya la melambak tapi taktau nak start daripada mana. Harini je sampai 2 kali aku post kat blog aku ni. oh berbalik kepada tajuk asal. Korang pernah dengar Nasi ayam penyet? mungkin ada segelintir yang tak pernah dengar dan rasa pelik dengan nama tu. Kalau orang JB tak kenal nasi ayam penyet, pindah la ke negeri lain. Ayam penyet ni berasal daripada Indonesia dan kemudian di kembangkan ke Malaysia iaitu ke negeri Johor. Lepastu baru la ke negeri2 yang lain. Aku tak pernah rasa lagi ayam penyet kat restoran lain macam mana tapi kalau kat gerai mak aku, aku paling suka sekali sambal belacan dia. Kalau sape tak reti makan sambal belacan tak payah la try nasi ayam penyet ni sebab sambal belacan tu la yang menaikkan lagi rasa nasi ayam penyet tu. yummyy. Jom la try nasi ayam penyet ni kat kedai mak aku. cuba sekali pasti nak lagi seeeyyy! (keluar loghat JB sikit).

Ni la gambar Nasi ayam penyet kat gerai mak aku. kalau korang datang, sepesen dapat camni!
cuma mungkin mangkuk sup dia color lain la. haha!


Selain daripada nasi ayam penyet, mak aku ada jugak jual makanan lain seperti:
  • Nasi Ayam Kicap
  • Nasi/Nasi Goreng/Nasi Sizzling Ayam Black Pepper
  • Nasi/Nasi Goreng/Nasi Sizzling Ayam Merah
  • Nasi/Nasi Goreng/Nasi Sizzling Ayam Chicken Chop
  • Nasi goreng Ayam
  • Yee Mee Sizzling
Dan makanan-makanan Ala Carte. Jom la tryyy !
Lokasi nya di : Gerai UMMI, Pertama Complex Food Court.

Kalau dah sampai Pertama Complex tapi masih tak jumpa, tanya je orang kerja kat sana, mana gerai Nasi Ayam Penyet mesti mereka tau. Jom try !


Selamat hari lahir .

Semalam kitorang kononnye nak buat suprise untuk si teah. Tp nampak gayanya dia mcm terkejut. hehe! penat kitorang menipu. sebelum dia gi dating ngn bf dia, aku ckp aku nakgi the curve ngn sorang member aku ni. pastu wani eng pulak gi dating dengan tunang dia. Mula-mula plan pukul 10 lebih. tiba-tiba bf dia sms cakap pukul 9 lebih. aku pun kelam kabut gi beli kek ape semua. hehe lepastu dahla kat restoran papa joe tu ramai gila orang. ape-ape pun harap teah happy dengan kejutan yang tak berapa nak terkejut ni yee. happy 24th birtday sayaamm. dah tua kau ni ye, perangai tu elok sikit. nak bertunang dah tak lame lagi. hehehe. loveeee semua muahh :*

teah sedang meniup lilin pada hari jadinya yang ke 42. hehe. TUAAAA !

Boyfriend Teah bagi dia bunga depan orang ramai beb ! romentik tak ? haha
dalam kad tu tertulis "Missing you is my hobby, Caring you is my job, Making you happy is my duty, Loving you is my life, HAPPY BIRTHDAY!" aaaauuuwww so romentik. bila la aku nak ada bf camni hahaha!
Esok teah dapat hadiah besaaauuu punye dari bf dia. ape agaknya tu ?

wanieyCute, Sya & waniey eng. sayang korang semuaaa

Kek yang dah berkecai .

sesi suap-menguap. hoho

Amin & Sya
p/s: Semoga cepat2 bertunang :P


waniey bersama tunang nye, hang tuah.

dan saya bersama "kawan lama", taufik.

anak buah ku, alep.



yang ni adalah hadiah yang tak seberapa daripada aku. harap teah suka :)

oh yang bunga tu bf teah yang bagi. i tak bagi bunga2 ni. hehe :P

hehe ni la hadiah nya. taktau nak belikan ape untuk si teah ni. bedal je la. janji kale PINK !



Thanks untuk semua yang menjoinkan diri.
Amin, waniey eng, tuah, taufik & budak kecik.


"Ya Allah kau berkatilah insan yang baik ini,limpahkanlah rezekiMu padanya, tambahkan iman & keinsafannya, bahagiakan dia & dan keluarganya. Mudahkan hidup & urusannya. Terimalah ibadah &amal jariahnya. Ampuni segala dosanya, kedua ibu bapanya dan keluarganya. Selamat hari lahir yang ke 24thn."

Wednesday, February 10, 2010

Mengalah.

Aku dilahirkan daripada kecil dengan sikap yang tidak suka mengalah. Mungkin dah biasa di manjakan, anak bongsu lah katekan. huhu. Orang yang tak suka mengalah ni biasanya orang yang agak degil, berani dan bersikap ego. Keluarga aku cakap kepala aku ada batu, hati aku keras. Ex-bf aku cakap kepala aku ada besi yang tak dapat nak dicairkan. Kawan baik aku cakap, dalam kepala aku ada batu konkrit. Tapi aku bukan tak pernah mengalah, bila ada benda yang aku rasa aku patut mengalah, aku akan mengalah. Mengalah mungkin perkara yang ingin dijauhi oleh setiap orang. Mengalah beerti kalah. Betul ke? Mungkin betul mungkin tidak. Mengalah ada baik dan buruknya. Kadangkala bila kita selalu mengalah, orang akan pijak kepala kita. Orang akan buat sesuka hati dengan kita sebab mereka rasa kita insan yang lemah. Mengalah juga tidak akan dapat menyedarkan orang yang salah dan orang itu akan terus membuat kesalahan itu sebab dia rasa dia betul. Tapi mengalah juga banyak kebaikannya, ianya dapat meleraikan segala pertelingkahan, masalah besar akan menjadi kecil dan masalah kecil akan disisirkan, suasana tegang akan berubah menjadi tenang damai.

Teringin rasanya nak jadi orang yang suka mengalah, bukan mengalah untuk melakukan kebaikan tapi mengalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya pertelingkahan. Banyak mengalah dan tidak bertengkar, menunjukkan kebesaran jiwa seseorang. Mudah memaafkan orang lain, juga menunjukkan keperibadian seseorang. Aku juga ingin berubah dan ingin mencapai kesempurnaan dalam perhubungan dengan adanya sikap mengalah ini. Mengalah tak beerti kalah.

Kepada semua kawan-kawan, aku nak minta maaf kalau ada perkataan atau perbuatan yang aku buat menyakitkan hati korang. Aku juga manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. hehe emosi lak tetibe.

TIPS 10 CARA UNTUK MELERAIKAN KONFLIK/PERTELINGKAHAN :

1.MENGALAH
Mengalah bukan bererti kita benar-benar kalah atau berbuat salah, ini hanya semata-mata agar konflik tidak berkembang menjadi lebih rumit. Tapi jangan selalu mengalah kerana apabila anda melakukan itu, anda tidak akan dihargai oleh orang lain.

2.TIDAK EMOSI
Emosi sering kali menyelimuti orang yang sedang dilanda masalah, termasuk anda, tapi usahakan menghadapinya dengan perlahan-lahan, tidak dengan emosi tinggi sebab emosi orang lain juga akan terpancing.

3.MENAHAN DIRI
Jika kita dilanda masalah sebaiknya kita harus menahan atau merehatkan diri sejenak. Kita tidak boleh memaksakan kehendak kita kepada orang lain.

4.MEMBUAT KESEPAKATAN
Buatlah keputusan agar masalah tidak berlanjut terlalu lama. Buat keputusan yang baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

5.TETAP SOPAN DAN SANTUN
Hindari mengucapkan kata-kata yang kurang baik yang dapat menyakitkan perasaan orang lain contohnya kata-kata kesat. Sopan santun dapat membuat suasana menjadi sejuk sehingga konflik dapat dileraikan.

6.MENGHARGAI PENDAPAT
Hargailah pendapat orang lain agar konflik meredam. Menghargai pendapat belum tentu setuju, semata-mata agar konflik tidak berkembang.

7.HINDARI BANYAK PERCAKAPAN
Hindarilah banyak perbualan/percakapan kerana akan menimbulkan masalah baru dengan teman konflik anda. Tetapi jangan sekali-kali tidak berbicara, boleh membuat lawan berbual kecewa terhadapa anda.

8.TIDAK MENGUNGKIT MASA LALU
Setiap orang pasti memiliki masa lalu dan pernah berbuat salah, yang harus anda lakukan hanya memberikan kesempatan & durungan pada orang untuk memperbaiki kesalahan

9.JANGAN MEMBESAR-BESARKAN MASALAH
Lebih dominant adalah wanita yang sedang mempunyai konflik dengan orang dan justeru membesar-besarkan masalah. Tapi tidak menutup kemungkinan lelaki juga dapat melakukannya.

10.JANGAN ULANGI MEMBUAT SALAH
Jangan ulangi membuat kesalahan yang serupa kerana dapat mengecewakan orang lain.



Tetibe terjumpa gambar lama ni. Masa ni umur aku 17thn, baru belajar edit-edit gambar guna photoshop. Belajar kat website tutorial favourite aku dari dulu sampai sekarang. http://www.good-tutorials.com. Tengok la caption gambar yang tah pape. biasa la budak2 baru nak naik. Orang JB panggil "agas". Hahah!




"Lidahmu adalah bentengmu, 
jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

Tuesday, February 9, 2010

Trash to treasure.

Sem ni sem yang menentukan aku dapat pergi intern atau tak pada sem yang seterusnya. Tak sabar rasanya nak habis belajar, aku dah tak sanggup nak menghabiskan masa dan duit kat sini lagi. Projek aku untuk sem ni sangat-sangat berat untuk aku. Aku kena buat Tv commercial pasal recycle campaign. bukan setakat tv commercial, kena buat logo, 3d website, 3d exhibition booth & Print ad. semua nya berkaitan recycle. Assignment kali ni bukan keseorangan tetapi aku bersama seorang lagi kawan aku, syiera. So kitorang namakan campaign kitorang ni "trash to treasure". Harini aku dengan syiera pergi ke dengkil untuk cari tempat nak shooting tv commercial tu. So ni beberapa gambar yang sempat kitorang ambil. Nanti aku cerita lagi pasal iklan yang kitorang nak buat ni :)

Kawasan perkampungan muallaf

Gambar sendiri jangan di lupakan

muka terencat haha

kilang kitar semula.

Salah satu scene yang akan ada dalam iklan aku nanti.
(Seorang budak melayu yang sedang kira duit tabungnya)







"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. 
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"



Monday, February 8, 2010

menunggu.

2 perkara yang sedang aku nanti-nantikan :

1) Dapat anak sedara baru (April)
2) Internship (June)

tapi yang aku paling tak sabar sekali, yang 1st tu. aaaaa cepat laa bulan APRIL. baru dapat anak sedara dah excited gila, kalau dpt anak sendiri ? AMIN :)

Rinduu nyaa kat anak-anak buah kat JB sanaa, bila dapat jumpa ? lama tak tampa pipi korang :(



"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

Friday, February 5, 2010

Mampukah kita menolak takdir?

korang percaya tak pada takdir? korang percaya tak semua yang terjadi pada diri kita telah ditulis dan dicatat oleh Allah? mesti la kena percaya kan? dalam rukun iman yang terakhir sendiri ada cakap, percaya pada Qada' dan Qadar.

Mampukah kita mengubah takdir?
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu manusia sehingga manusia itu sendiri yang mengubah nasib mereka. Jadi kita sendiri yang perlu berusaha dan selepas berusaha, kita perlu meminta doa dengan-Nya supaya usaha yang kita lakukan itu diterima oleh-Nya. Allah menjadikan setiap takdir itu bersama dengan sebab musababnya. Jadi kita sendiri perlu berusaha untuk memperolehi perkara-perkara yang baik. Contohnya, untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kita sendiri yang perlu berusaha. Jangan lah asek nak salahkan takdir kalau kita sendiri yang tak berusaha.

Tolak jodoh = tolak takdir ?
Adakah jodoh kita telah ditakdirkan maka kita hanya menerima sahaja siapa sahaja jodoh kita?
Tuhan dah bagi kita akal dan fikiran untuk bezakan mana baik dan buruk, jadi manusia perlu memperolehi kebaikan dan bukan keburukan. Ada perbezaan yang jelas antara jodoh dengan bakal jodoh. Tidak menerima bakal jodoh bukan bermakna menolak takdir. Maka perbuatan seseorang yang menolak bakal jodohnya kerana berdasarkan penilaiannya, orang tersebut tidak sesuai untuknya, tidaklah boleh dikira sebagai menolak jodoh. Bahkan penolakan itu adalah wajar dan mesti jika ia ditolak berdasarkan penilaian agama.

Tiada Jodoh.
kita selalu dengar bila ada pasangan yang berpisah dan bila kita bertanyakan sebab mereka berpisah, jawapan yang kerap didengari adalah "tiada jodoh", tapi pernah tak kita terfikir dengan lebih mendalam ape sebenarnya istilah tiada jodoh ni? hehe mai sama-sama kita check it out :P

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Sebab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.


So, sama-sama lah kita berdoa supaya Allah menemukan jodoh kita dengan lelaki yang baik. AMIN! (untuk orang-orang yang belum bertunang je, haha wani eng tabole :P)



"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik. Kita perlu mengubah diri kita menjadi baik terlebih dahulu supaya dijodohkan dengan pasangan yang baik."


Wednesday, February 3, 2010

kenangan.



.1989.


.2005.
.2006.

.2006.

.2007.

.2008.

.2008.


.2009.

.2009.

.2009.

.2010.


kenape makin montel ?
-___-"


"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan."