Thursday, July 29, 2010

Untitled 2.

Selamat hari khamis ! Esok dah jumaat yeay. Sabtu ahad cuti :) Cepat je masa berlalu kan?
tetiba pagi tadi masa tgh drive nak ke office aku tersenyum sorang2 teringatkan cerita malam semalam. Huhu. Semalam gi swim ngn wani eng. balik dari swim tgh drive aku malas nak pakai tudung sbb rambut tgh basah, cuma pakai towel je haha malam2 je pun kol 10 bukan ada orang sgt pun. tetiba kat pjaya ada polis wat roadblock. ingatkan apaa, yang kitorang masing2 dah menggelabah pakai seatbelt. masa tu kat jln tu mmg kete aku sebuah je. dengan towel nya atas kepala pastu bawak kereta pun kelam kabut sbb tgn sebelah pakai seatbelt lagi sebelah nak cabut towel. pastuu dah sampai kat polis tu, aku tergelak2 sebab rasa cam kelakar lak. Polis tu tanya

Polis : "nak pergi mana ni ?"
aku : Sambil tergelak2 bercampur cuak aku menjawab "nak balik. eh nak ke cyberjaya."
polis : "nakgi cyberjaya kena lalu jalan sana" (sambil tunjuk kearah jalan). "Jalan sini ditutup."
aku : dengan sibuknya aku menanya . "kenapa tutup? ada apa?"
polis : "kru tgh shooting. kalau nak jadi pelakon extra boleh la masok"
aku: "hehehehehh ok bye"

snanye takde la lucu sangat tapi terbayangkan betapa kelamkabutnya kitorang dgn towel kat atas kepala tuu. huahua.

Oh minggu lepas aku balik Jb. Hari Jumaat tu snanye badan kurang sihat, rasa nak demam sebab telinga sakit sangaaaaat sakit gila bedenyut2. tapi disebabkan seseorang saya balik juga sobsob (kohkoh). Dengan menapak nakgi ke bus terminal tu punya la panas teriks tak ingat. woooo. tapi best la balik jb dpt jumpe kwn lama. kawan masa form 1-2 dulu. Ramai dah kawan-kawan aku yang kawin dan dah dapat anak dah pun. pastu leh lak diorang tanya aku bila lagi. Macam la umur aku dah tua sgt. hahaha. aku lambat lagi, lagi 6-7 tahun kot. tamo la kawin awal2 tak best. hehe. tapi kalau dah sampai jodoh nak wat camne kan, terima jela. hehe. Next week mau balik jb lagiiii. yeay :)



Aku & Bieha ; tengok Inception.

Adah & Bieha

Ejat a.k.a Qudud a.k.a MK (Melewey King) ;
kenduri kawin abg ejat (ejat punye abang)

Dimana ada qudud di situ ada mok. hehehe.



p/s : tiada dalam gambar, encik taufik. hehe






0 comments:

Post a Comment