Monday, July 19, 2010

Separuh lagi.


yeay pejam celik pejam celik dah 7 minggu (1 bulan 3 minggu) aku praktikal kat sini, tinggal lagi 7minggu nak habis. Lagi separuh je yeayyyyyy! tak sabarnye nak hbs tapi mcm tak sanggup nak memulakan balik kehidupan sebagai seorang pelajar yang selalu kusut memikirkan assignment. haha. time kerja camni agak bosan tapi best sbb takya susah2 nak wat assignment sampai tak tido malam, pergi kemana pun dlm kepala pikir assignment. lepas habis intern ni ada lagi 2 sem InsyaALLAH kalau semua berjalan lancar June 2011 tamatlah pengajianku selama 4tahun di MMU dan dapatlah aku segulung ijazah. Amin! woah kejap je kan danak 4tahun. harap2 semuanya berjalan lancar dan aku dapat grad pada tarikh yang ditetapkan so boleh la aku kerja cepat2. huhu. cerita pasal tempat praktikal aku ni, meh aku cerita sikit pasal company aku ni. nama company aku Riverwalk asia sdn bhd yang terletak kat MSE Cyberjaya. Riverwalk ni company buat game untuk iphone, online game dll. company aku ni semua cina tapi ada sorang staff baru masuk yang masih belum dikenal pasti identitinya. rasanya orang filipinos haha. aku suka kerja kat sini sebab masing2 buat hal masing2. apa yang bestnya diorang ni tak suka mengata, mengumpat, kutuk2 orang. semua jaga tepi kain sendiri je. tak mcm orang melayu, sikit2 nak mengata. haha! tapi yang tak bestnya office aku ni terlampau sunyi sepi. takde orang pasang lagu langsung. memang senyap sepi, bebual sesama staff pun guna IM. nak dngar lagu kena bwk headphone/earphone sendiri. dahla pc aku ni sound device ke ape tah rosak mmg takleh dgr sore, ha memang beku le. kdg2 kalau ada orang batuk sikit je punye la aku terkejut sampai mouse yang aku pegang pun boleh tercampak. tapi orang cina ni memang time kerja betul2 kerja. diorang takde curi2 tulang. bagus betui. bos kitorang pulak ok la, orang cina gak tapi tak pernah tegur2 kitorang. tapi bila time meeting je memang dia menjerit2 sampai ke luar dengau. cuak den. sebaik den tak keno join meeting. haha! kat bawah ni ada gambar workstation aku selepas sebulan bekerja. hehe kalau dulu aku ada upload gambar workstation time sehari bekerja memang kemas rapi. sekarang korang tgk. ni baru sebulan, belum dua tiga bulan.





hehe takde la bersepah sgt pun kot. belum lagi belum lagi. tapi barang2 tu adalah barang2 yang wajib ada. makanan2 (biskut & kurma) tu benda yg membuatkan aku hilang ngantok. wajib2. lotion adalah untuk sapu kat tangan aa kan , aircond punye la kuat tak ingat sampai bekedut tangan aku cam orang tua dah. haha. oke la sekian.


0 comments:

Post a Comment