Yeayyy! bestnyaa semalam (jumaat) last day aku keje kat watson. tapi tetiba macam sedih lak nak tinggalkan mereka2 tuu. mereka yang baik ngn aku je laa. tapi nak buat camane, internship dah nak start isnin ni so kene benti gak. Semalam sbelum balik kerja aku sempat belanja staff2 watson tu beger kfc sorang satu. kang tak belanja aku rasa terkilan lak. Harini satu hari aku keluar dari pagi sampai ke malam. letih tapi best sbb dapat keluar dari sri kembangan yang membosankan ni. hehehe. Pagi2 lagi dah keluar satu family pergi pasar, lepastu pergi gombak gi rumah mak mentua akak aku. akak aku wat kenduri arwah and kenduri kesyukuran. Aku suka salah satu drp masakan diorang tadi iaitu ikan bilis masak tempoyak. untuk pengetahuan semua, itu kali pertama aku makan tempoyak. haha! benda2 busuk yang lain aku boleh terima lagi and mmg feveret aku seperti petai, jering dan sewaktu dgnnya. tapi taktau la kenape tempoyak ni aku tak suke sgt. bau pun xleh. harap2 tak dpt suami dgn orang yg kuat makan tempoyak haha. lepas dah konyang ape laie nak tunggu, kitorang bergerak gi balakong lak utk ke sekolah anak buah aku, ada hari terbuka. pastu balik singgah makan pizza sebab dah lama gila tak mkn pizza. rasa cam jakun gila sbb dapat keluar satu hari harini. kalau tak asek kerjaaaaa je. ok sekian, bye :)
2018 update :D
6 years ago
0 comments:
Post a Comment