Tuesday, June 1, 2010

Sometimes love just ain't enough.

Disebabkan dah lama tak update blog, harini aku terover rajin nak post sampai 2 entry. hehe. Tadi godeh2 external hdisk yang dah berabuk kat atas meja ni, tiba2 terjumpa gambar2 lama. Bulan Mei, 27 haribulan adalah tarikh bersejarah untuk aku sebelum2 ni, tapi sekrang dah tiada maknanya lagi. Kalau dulu setiap kali Mei datang mesti aku tak sabar nak tunggu 27hb untuk nak celebrate anniversary dgn dia tapi tahun ni agak berbeza dengan tahun2 yang sebelumnya. Semua dah pun berakhir. ceh! Entry ni takde kene mengene dengan yang hidup ataupun yang mati cuma untuk tatapan diri sendiri je. heheeee. Bak lagu aliya, Tak mungkin kerana sayang cuma kadangkala aku terkenang. kuang3. hmm sekejap je masa berlalu, 3 tahun relationship tiba2 hilang dalam masa satu hari je. mudah je kan? hehe. Takpela mungkin Allah nak temukan jodoh aku dengan lelaki yang lebih baik. Harap2 begitu. Amin! Dah nak setaun gak hidup takde bf. kadang2 jeles gak tengok kwn2 yang ada bf, tp aku rasa lagi happy hidup mcm ni. Belum terasa nak terima sape2 lagi buat masa sekarang ni. Pernah gak cuba tapi tak boleeehh. mungkin lagi setahun, dua tahun atau tiga tahun baru nak cari bf lain. heheeee. Cukuplah dengan benda2 yang sangat menyakitkan tahun lepas, itupun masih belum dapat aku lupekan lagi. Semoga aku dijodohkan dengan lelaki soleh yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar dan aku doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Amin!

2006


2007

2008

2009


1 comments:

oi said...

cewah cewah...

Post a Comment