Tuesday, June 29, 2010

Manusia biasa.



“Ya Allah, hanya kepadamu aku memohon. Ampunilah dosaku, ibubapaku, ahli keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan seluruh umatmu. Tunjunkanlah kami pada akhlak yang paling baik, dan jauhkanlah kami dari keburukan akhlak. Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi, Amin!"

tidak Allah memberikan ujian kepada hamba-Nya.Oleh itu,kite sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Ambillah iktibar dari apa yang berlaku.Semoga ianya dapat meningkatkan keimanan kita pada Allah didalam menyusuri kehidupan sebagai hamba di dunia ini.Insya'ALLAH


"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"



Wednesday, June 16, 2010

Pimp-my-face

Semalam lepas balik kerja taktau nak buat ape, broadband kene potong takgi bayar lagi so dok melangok je kat ruma. nasib baik ada anak2 buah yang melambak kat rumah tu. diorang buat aku happy. tapi kalau degil diorang dah dtg tu mmg satu taman dengar sore aku menjerit. um takde ape yang nak dicerita kan. tengok gambau jelaa yer.



Husnot a.k.a tomatogirl.
muka dia cam bentuk tomato pastu kalo time dia menangis muka dia merah memang sebijik cam tomato.
so aku bg dia nama tomato.

Dinot & Daniot
Yang kakak sangat baik dan dengar cakap, yang adik pun baik gak pastu suka melawa. tapi kalau degil budak dua ekor ni dah dtg mmg aku mengamuk satu rumah. yang ni diorang sibuk sangat nak mekap ha amek kau aku mekapkan!

Nur Ain Adina, Nur Marsya Dania & Muhd Zarif Azfar
yang ni memang dah betul2 takde keje. habis aku conteng muka diorang. haha!
Yang tiga-tiga ni adik beradik, ada lagi sorang tp tak ikut. diorang semua dari jb n tgh cuti sekolah so semua dok sini. kecoh riuh rendah rumah aku.


Monday, June 14, 2010

:(




tidak Allah memberikan ujian kepada hamba-Nya melainkan tanda kasih sayang Allah.Oleh itu,kite sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Ambillah iktibar dari apa yang berlaku.Semoga ianya dapat meningkatkan keimanan kita pada Allah didalam menyusuri kehidupan sebagai hamba di dunia ini.Insya'ALLAH



:(


Wednesday, June 9, 2010

Selamat datang ke dunia internship. hehe.


1st day intern aku dgn kelam kabutnye mengangkot cpu, lcd pesemua dari rumah ke opis. dahla angkat sorang2 sekali gus, lambat lak tu. huhu! aku terpaksa bwk pc sendiri walaupun kat opis ni ada pc kosong. aku lagi selesa guna pc aku sendirik. hehe sukati je. ingat nak bawak laptop tp tak puas sbb screen nye kecik n bila dah panas dia jd lembap. bukak byk application nnti hang je nnti aku sakit hati ada orang sblh kene pijak kaki. huhu. so intern kat sini ok laa cume environment nye terlalu sunyi dan sangat beku. ingat nak bawak speaker nak bikin havoc sikit tp satu hari dok cari speaker kat rumah tak jumpe2, tak igt mana letak. abah pun bising dia ckp "kau ni barang kau sume nak tanye abah, cari la sendiri" hahaha. bukannye ape, selalunya barang2 yang berkenaan dgn computer ni dia suke simpan sbb dia mmg minat gila dengan komputer dari muda2 dulu. aku tak lahir lagi pun dahde komputer kat ruma. laptop, pc aku semua dia yg beli barang n pasang sendiri. format pun dia. aku bukan tak reti format2 ni cuma malas jer. kwn2 aku pun ada yang beli pc dari dia. cybercafe dia pun dia yg setting dari A ke Z semua dia yg buat sorang2. punye la minat. cube suruh masak ke ape. jgn harap! haha. Ape lagi eh nak cerita? haha. oh sekarang ni kitorang (aku & officemate) tengah sibuk dok wat online game utk satu company dari indonesia. company ni baru lagi. website dia pun masih under construction. so 1st task yang diberi utk aku adalah utk buat print ad utk magazine game kat indonesia sana. so setakat ni baru buat 3 design. taktau dia nak berape, bg jela 20 design ke. ceh kononnya. padahal mls tak ingat. huhu. harap2 dia tak suruh aku buat game kat flash, mati akuuu! tp maybe 2nd task aku kene wat flash website. so okay la drp kene buat game, oh tidakkk! hehe. ok sekian laporan dari saya. sekian, terima kasih :P


ni lah meja n pc aku. hehe oh meja aku tak bwk dari rumah, harap malum. bersih je kan? kau tgk akhir bulan nnti serabut ke tak. haha!

design 1

design 2

design 3
design 4


burok kannnnnn? haha otak kurang berfungsi dgn tmpt beku cemniii (ceh alasan padahal mmg tak kreatif pun)

-_________-"





Sunday, June 6, 2010

It doesn't matter anymore.


They had been together for many a year,
Now all she can feel is fear.
She gave all that she could give,
It just wasn't the way he wanted to live.

He left without a backward glance,
Not even giving their love a chance.
She often wonders what she could have done,
To keep him from going on the run.

Now she is living all alone,
With nothing she can call her own.
She can barely make herself eat,
Wondering if her life will again be complete.

This woman is now moving along,
Building her courage, and becoming strong.
Time will heal her broken pride,
Toward the sunrise her heart will glide.



Saturday, June 5, 2010

Sabtuday yang happening.

Yeayyy! bestnyaa semalam (jumaat) last day aku keje kat watson. tapi tetiba macam sedih lak nak tinggalkan mereka2 tuu. mereka yang baik ngn aku je laa. tapi nak buat camane, internship dah nak start isnin ni so kene benti gak. Semalam sbelum balik kerja aku sempat belanja staff2 watson tu beger kfc sorang satu. kang tak belanja aku rasa terkilan lak. Harini satu hari aku keluar dari pagi sampai ke malam. letih tapi best sbb dapat keluar dari sri kembangan yang membosankan ni. hehehe. Pagi2 lagi dah keluar satu family pergi pasar, lepastu pergi gombak gi rumah mak mentua akak aku. akak aku wat kenduri arwah and kenduri kesyukuran. Aku suka salah satu drp masakan diorang tadi iaitu ikan bilis masak tempoyak. untuk pengetahuan semua, itu kali pertama aku makan tempoyak. haha! benda2 busuk yang lain aku boleh terima lagi and mmg feveret aku seperti petai, jering dan sewaktu dgnnya. tapi taktau la kenape tempoyak ni aku tak suke sgt. bau pun xleh. harap2 tak dpt suami dgn orang yg kuat makan tempoyak haha. lepas dah konyang ape laie nak tunggu, kitorang bergerak gi balakong lak utk ke sekolah anak buah aku, ada hari terbuka. pastu balik singgah makan pizza sebab dah lama gila tak mkn pizza. rasa cam jakun gila sbb dapat keluar satu hari harini. kalau tak asek kerjaaaaa je. ok sekian, bye :)

Sebijik gambar gedik dari saya untuk kalian, hahahaha. Ala bior aaa bukan selalu pun
nak apload gambar gedik
;P

Husnaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengah lena tidooorrr. geram nyeeerrrgghh!

Akak akuu yang masih dalam pantang, jalan mcm kura2.

Mak & abah.

acik

alip



Wednesday, June 2, 2010

Happy 22nd Bday Fawaaaa :)

Setelah sebulan aku kerja kat Watson, baru semalam aku dapat keluar dari tempat aku ni. Selalunya cuti kene duduk rumah, jaga anak buah yang baru lahir. tapi semalam dapat gak keluar ngn kawan-kawan. cuba bayangkan dalam masa sebulan aku tak keluar langsung melainkan pergi kerja, balik kerja terus balik rumah. mcm tu la rutin hari-harian aku selama sebulan ni. Kat tempat kerja pulak sangat2 stress dengan perangai supervisor yang mcm lahanat tu. huhuuu.. nnti di entry yang seterusnya aku akan cerita kenapa aku cakap perangai mereka mcm lahanat. hehehehe. Berbalik pada tajuk asal, kitorang gi solaris dutamas and makan kat The Pink Sage Diner & Pantry. Boleh tahan gak harga dia. Lepas makan kitorang gi exhibition art kat situ2 gak. pastu kitorang gi tgk movie kat the curve tengok cerita shrek. Best gila cerita tuuu. lepas tgk muvi makan2 kat the curve and terus balikkkk. Oh fara, fatin & nazira ni kawan2 aku masa mula2 masuk MMU dulu and exhousemate aku. Rindu zaman2 masa baru masuk MMU dulu. Sekarang tinggal aku ngn nazira je kat MMU, fara ngn fatin dah quit sobsobs. ok la taktau nak cite ape, moh tengok gambau lak yerr.


The Pink Sage Diner & Pantry Restaurant

Yang ni Makanan aku. Lamb Cheese Burger. Harga dia Rm28.90. Rasa dia pun boleh tahan sedap :)

yang ni fries with chilli ke ape tah nama dia. sangat sedap dan berharga RM9.50

Set Make up elianto untuk fara dari saya. Love u fawa muahs :*

Fawa meniup cupcakes. sedaaaappp. nak lagi :(

Kawan :)

Kejakunan kami terserlah





Tuesday, June 1, 2010

Sometimes love just ain't enough.

Disebabkan dah lama tak update blog, harini aku terover rajin nak post sampai 2 entry. hehe. Tadi godeh2 external hdisk yang dah berabuk kat atas meja ni, tiba2 terjumpa gambar2 lama. Bulan Mei, 27 haribulan adalah tarikh bersejarah untuk aku sebelum2 ni, tapi sekrang dah tiada maknanya lagi. Kalau dulu setiap kali Mei datang mesti aku tak sabar nak tunggu 27hb untuk nak celebrate anniversary dgn dia tapi tahun ni agak berbeza dengan tahun2 yang sebelumnya. Semua dah pun berakhir. ceh! Entry ni takde kene mengene dengan yang hidup ataupun yang mati cuma untuk tatapan diri sendiri je. heheeee. Bak lagu aliya, Tak mungkin kerana sayang cuma kadangkala aku terkenang. kuang3. hmm sekejap je masa berlalu, 3 tahun relationship tiba2 hilang dalam masa satu hari je. mudah je kan? hehe. Takpela mungkin Allah nak temukan jodoh aku dengan lelaki yang lebih baik. Harap2 begitu. Amin! Dah nak setaun gak hidup takde bf. kadang2 jeles gak tengok kwn2 yang ada bf, tp aku rasa lagi happy hidup mcm ni. Belum terasa nak terima sape2 lagi buat masa sekarang ni. Pernah gak cuba tapi tak boleeehh. mungkin lagi setahun, dua tahun atau tiga tahun baru nak cari bf lain. heheeee. Cukuplah dengan benda2 yang sangat menyakitkan tahun lepas, itupun masih belum dapat aku lupekan lagi. Semoga aku dijodohkan dengan lelaki soleh yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar dan aku doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Amin!

2006


2007

2008

2009


hello :)

pejam celik pejam celik dah pun masok 1 Jun harini. Dah tengah tahun dah ye. Last post blog aku ni adalah pada 30 April. Sebulan dah tak ngapdate menalah ni rupanyaaaa. Sangat bz bz bz dan malasssss untuk ngapdet. Tetiba pagi2 subuh ni terasa nak update lak. Lepas je last submission and presentation haritu dah mula rasa menyampah dan mual nak tengok benda2 yang berkaitan dgn komputer. tapi still on facebook setiap hari. hehe. benda wajib yg harus di lakukan lepas bangun tidooo. hehe. Lepas je submission haritu, aku balik Jb. Rindu kat orang2 Jb. Pas balik Jb celebrate bday wani eng, and benda yang aku seronok sangat bila akak aku dah lahirkan anak. and akak aku menghabiskan pantang kat ruma aku. Aku la yang jaga anak dia tu. hehe. Dah sebulan dah pun umur anak dia sekarang. So kat bawah ni adalah acara2 yang dilakukan sebulan yang lepas. hehe



Makan2 kat senibong dgn cam biasa kwn2 yg lain dan tak bukan. Mieja, kudut & mok.




Celebrate bday wani eng dan berkaraoke utk mereleasekan tension lepas submission yang melambak bersama rakan sekelas di sunway pyramid.




Dan benda yang dinantikan telah pun tiba, akak aku dah pun melahirkan anak. Dapat anak perempuan dan telah diberikan nama Amni Husna ( Ketenanganku, Yang baik).

Husna & Ucu (dah sebulan dah budak ni)