Thursday, March 11, 2010

Kawan Lama.



Siti Nabihah <3

Ehem. Assalamualaikum, hehe sopan lak rasanya. camne nak bukak cerita? Dulu masa form 1 dan form 2, aku sekolah arab kat Jb. Aku ingat lagi, masa on the way family aku nak hantar aku masuk asrama, mak aku ckp "nanti mak ambik adik seminggu sekali bawak balik rumah eh?" pastu aku dengan kereknya menjawab. "alaa, kenape seminggu sekali. Sekejapnya. tak puas nak duduk dgn kwn-kwn baru nnti. amek la dua minggu sekali ke sebulan sekali ke". Pastu semua family aku terdiam. haha! Ni la 1st time aku nak hidup jauh dari family. Tapi bila malam pertama je aku tidur asrama, aku takleh tidur. aku teringat kat mak, bantal busuk, air milo mak buat :( . Pulak tu duduk asrama pagi2 pukul 5 dah kena bangun. hehe. Lepastu aku melalak-lalak tepon mak aku suruh amek time tu jugak. Kesian mak aku kena layan kerenah aku. Lepas daripada tu, aku dah tanak duduk asrama. Setiap pagi ayah aku kena ulang-alik hantar aku pergi sekolah. Pukul 5 pagi aku dah gerak dari rumah untuk kesekolah. Perjalanan nak ke sekolah dari rumah mengambil masa lebih kurang 40minit. Cuba bayangkan setiap hari macam tu? penat tak penat? Bila naik form2, aku dah mula rasa penat nak ulang-alik setiap hari, lgpun mungkin masa tu dah besar sikit. Aku dah boleh duduk asrama, tapi aku ni penakut sikit. bukan takut ape, takut hantu. cuba bayangkan siang-siang nak gi toilet pun nak suruh orang teman. mana taknya kawan-kawan asyik dok cerita hantu je, camne tak takut? Kesian kawan aku sorang ni, nama dia Siti Nabihah. Dia la kawan, dia la mak aku. haha. dia yang selalu tidur sebelah aku, kitorang share satu tilam, satu bantal, kalau nakgi toilet siang-siang pun dia yang teman, dia la yang selalu buang kelumumur aku, kadang-kadang sikat rambut aku. Aku rindu sangat kat dia. Lepas pindah sekolah tu masa aku form3, terus lost contact dgn dia. Penat aku cari dia, akhirnya jumpa gak kat facebook semalam. rasa happy sangat bercampur terharu, nak nangis pun ada. Dulu masa duduk asrama, satu bilik ada 6 orang. Roomate aku nabiha, azrin, raudhah, fatin & laila. Tapi yang paling aku sayang, nabiha :)

Seumur hidup aku, hanya 2 orang sahabat ni jela setakat ni yang aku rasa betul2 ikhlas kawan aku, setia, baik, jaga aku masa aku sakit, tak jemu melayan kerenah aku yg tah pape ni. hehe. Yang lain ikhlas gak tapi aku lagi sayang yang dua orang ni. hehehe. sayang korang sampai mati Siti Nabihah & Nur Nadia. muahmuahs. Kat bawah ni gambar nadia. Sory la gambar poyo sikit, beliau memang poyo orangnye. haha jgn mare!






"Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini"


0 comments:

Post a Comment