Thursday, March 18, 2010

tidak bertajuk.




Setelah agak lama tak nangis, harini aku berjaya menangiskan diri aku. Satu lagi dugaan datang untuk menguji. Huh~ Apa nak buat, terima je la. Pikir positif. urghh!



Friday, March 12, 2010

Happy Bday Fatem :)


Semalam bday fatem. So macam biasa lah time bday orang, kitorang suka wat suprise. kononnya la. tapi menjadi la jugak kot. boleh laaa. haha! Kitorang makan kat Gasoline Restaurant kat Sunway Pyramid. Aku makan Butter Chicken Chop ke ape tah nama dia. haha. agak muak gak la tapi pedas so boleh la aku habiskan. Lepas makan, si najiera sibuk ajak gi main daytona. tujela modal dia kan. bajet teror la? tapi tetap tumpas di tangan aku. ceh! 1st time aku menang, tapi 2nd time aku saje nak bg dia chance kang hampa lak dia. haha. Lepas main daytona kitorang terus balik rumah memandangkan aku takleh balik lewat malam sgt kang mak aku memekak. haha.. Haih aku tak paham KL ni, pukul 10 pun jalan jem lagi, apekejadahnya semua ni? Semalam otw balik ke rumah aku hampir2 eksiden. sekali nak langgar kereta orang, sekali lagi nak langgar divider jalan. bawak kete pun dah macam apa. mungkin terlebih sgt makan butter kot . haha okay la . chiow :)

Ni la present yang aku bg kat fatem. Jewel Box :)


Nasib baik dia happy dapat ni, dia kata sebelum ni pun dia pernah nak beli. tp tak beli2. hehe


Jeng jeng jeng! ni dalam dia . yg princess kat tgh tu mcm biasa la boleh pusing2 pastu kuar lagu.

Gasoline Restaurant, Sunway Pyramid.

Najiram,fatem & waniem.


3 Years Friendship :)

Bday cake fatem. Sedaaap!

Bday Card ni aku design untuk fatem la kononnya. Tapi tak sempat nak print so upload kat fb je. haha


Ni la Chicken Chop aku yang membuatkan aku mabuk. hahaha




"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya"


Thursday, March 11, 2010

Kawan Lama.



Siti Nabihah <3

Ehem. Assalamualaikum, hehe sopan lak rasanya. camne nak bukak cerita? Dulu masa form 1 dan form 2, aku sekolah arab kat Jb. Aku ingat lagi, masa on the way family aku nak hantar aku masuk asrama, mak aku ckp "nanti mak ambik adik seminggu sekali bawak balik rumah eh?" pastu aku dengan kereknya menjawab. "alaa, kenape seminggu sekali. Sekejapnya. tak puas nak duduk dgn kwn-kwn baru nnti. amek la dua minggu sekali ke sebulan sekali ke". Pastu semua family aku terdiam. haha! Ni la 1st time aku nak hidup jauh dari family. Tapi bila malam pertama je aku tidur asrama, aku takleh tidur. aku teringat kat mak, bantal busuk, air milo mak buat :( . Pulak tu duduk asrama pagi2 pukul 5 dah kena bangun. hehe. Lepastu aku melalak-lalak tepon mak aku suruh amek time tu jugak. Kesian mak aku kena layan kerenah aku. Lepas daripada tu, aku dah tanak duduk asrama. Setiap pagi ayah aku kena ulang-alik hantar aku pergi sekolah. Pukul 5 pagi aku dah gerak dari rumah untuk kesekolah. Perjalanan nak ke sekolah dari rumah mengambil masa lebih kurang 40minit. Cuba bayangkan setiap hari macam tu? penat tak penat? Bila naik form2, aku dah mula rasa penat nak ulang-alik setiap hari, lgpun mungkin masa tu dah besar sikit. Aku dah boleh duduk asrama, tapi aku ni penakut sikit. bukan takut ape, takut hantu. cuba bayangkan siang-siang nak gi toilet pun nak suruh orang teman. mana taknya kawan-kawan asyik dok cerita hantu je, camne tak takut? Kesian kawan aku sorang ni, nama dia Siti Nabihah. Dia la kawan, dia la mak aku. haha. dia yang selalu tidur sebelah aku, kitorang share satu tilam, satu bantal, kalau nakgi toilet siang-siang pun dia yang teman, dia la yang selalu buang kelumumur aku, kadang-kadang sikat rambut aku. Aku rindu sangat kat dia. Lepas pindah sekolah tu masa aku form3, terus lost contact dgn dia. Penat aku cari dia, akhirnya jumpa gak kat facebook semalam. rasa happy sangat bercampur terharu, nak nangis pun ada. Dulu masa duduk asrama, satu bilik ada 6 orang. Roomate aku nabiha, azrin, raudhah, fatin & laila. Tapi yang paling aku sayang, nabiha :)

Seumur hidup aku, hanya 2 orang sahabat ni jela setakat ni yang aku rasa betul2 ikhlas kawan aku, setia, baik, jaga aku masa aku sakit, tak jemu melayan kerenah aku yg tah pape ni. hehe. Yang lain ikhlas gak tapi aku lagi sayang yang dua orang ni. hehehe. sayang korang sampai mati Siti Nabihah & Nur Nadia. muahmuahs. Kat bawah ni gambar nadia. Sory la gambar poyo sikit, beliau memang poyo orangnye. haha jgn mare!






"Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini"


Wednesday, March 10, 2010

Fikirlah positif.

"Manusia tidak pernah lari dari masalah". Itu lah perkataan yang sering kita dengar. Memang betul dan teramat betul, setiap hari kita bertemu dengan pelbagai jenis masalah. Dari masalah sekecil semut hinggalah ke masalah sebesar kingkong yang membuatkan kita rasa tertekan, lemah dan berputus asa. Setiap orang ada cara-cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah mereka malah sesetengah dari mereka hanya berserah pada takdir dan berputus asa. Sebenarnya mudah untuk kita menyelesaikan semuanya dengan hanya berfikiran positif. Ingatlah bahawa minda kita yang sebenarnya menguasai diri kita. Korang nak tau mcm mana langkah nak berfikir positif? meh kita cekidaut ! Aku amek sumber ni dari http://www.familiazam.com/

Bangkitkan Motivasi.
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.

Yakinlah Boleh.
Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.

Jangan Fatalistik.
Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.

Lihat Sisi Baik.
Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.

Berdikari Selalu.

Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.

Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.

Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif."Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan" Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.





"
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya"


why oh why?



kenape 3 hari berturut-turut bermimpikan orang yang sama? apa maksudnyaa? :(



Sunday, March 7, 2010

bermandi-manda.

Assalamualaikum, hello dan hyee ! penat nyee harini tak terkata. Pukul 8 lebih dah gerak dari rumah ke MMU lepastu gi rumah abg teah kat ampang pastu gi amek fawa kat tmn melawati terussss ke air terjun hutan lipur lentang, pahang. Perjalanan mengambil masa 3 jam termasuk berhenti sana sini tunggu org itu org ini. wohoo jauh gila perjalanan aku harini tp takpe yang penting sangat seronok tp tak puas! nak lagi nak lagi. urgghh tapi teringat kat cucur udang makcik kat situ tadi, rasa cam palat! haha. ok la tak larat dah ni nak mengadap laptop ni. letih yg teramat sangat. gua tidur dulu. chiow !



Sesi menshampoo rambut. hehe





Monday, March 1, 2010

Rindu.




saya merindui kalian semua. bila agaknya kita dapat keluar bersama lagi ?

):

Semalam tengok gambar-gambar yang pergi melaka ni kat facebook, pastu tergelak sorang-sorang baca komen2 kat gambar tu. haha! rinduunyers.


"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh"